Trading Performance – Q3 2023

Abam nak teruskan komitmen yang dibuat pada awal tahun 2023 iaitu kemaskini performance trading abam dalam blog ni. Tujuan abam buat macam ni ialah untuk bagi harapan kepada rakan2 yang ada kerja hakiki, bahawa swing trading bersistematik cara part timer pun boleh beat fund managers. Kita ada kelebihan untuk keluar dan masuk market dengan laju. I have done this in the past and I believe my system can replicate this again consistently in the future. Abam ada kekangan tertentu yang menyebabkan abam terpaksa hide nilai duit dalam semua postings.

Last update ialah pada akhir Q2 2023 dalam post sini. Untuk Q1 dan Q2 abam update secara bulanan. Seperti mana semua traders tahu this year market is quite challenging, abam tiba2 terasa ada unneccessary pressure bila kena update bulanan. Haha. Jadi untuk jaga kewarasan fikiran masa trading, dalam post terakhir tu abam bagitau nak update secara quarterly je. Let’s goo…

FBMKLCI doing quite good in Q3 2023

Bila kita nak compare pencapaian trading, abam suka banding dengan komponen indeks utama. Untuk Q3 2023, FMBKLCI buat kenaikan paling tinggi ~+6% dan tutup Q3 dengan ~+3.5%. Ini penanda aras paling busuk untuk kita bandingkan sama ada kita beat the market atau tak.

Dari segi probability of choosing a winning trade, market breadth July-Sept 2023 menunjukkan 30 daripada 62 trading days di mana advancers lebih tinggi dari decliners. Kiranya 50% chance. Market kira not too bad berbanding Q1 dan Q2.

Ni data monitor yang saya guna. Tak muat nak sikirinshot dari Julai

Equity is at ATH. Keep small drawdown month is the key

Recap trading performance YTD according to quarters:

  • Q1 2023 = +20.31%
  • Q2 2023 = +24.52%
  • Q3 2023 = +31.54%

Kat bawah ni weekly screenshots dari Julai 2023 hingga September 2023. Gambar diambil hari Sabtu atau Ahad. Abam konsisten cakap tak aci pilih2 nak tunjuk profit je. Untuk konsisten dalam trading, kita mesti berani tunjukkan semua portfolio semasa market dah tutup. We owned our trading results. Be accountable to the decisions we took in trading.

Untuk Q3 ni ada jugak tergelincir beberapa kaunter loss >5%. So abam tunjukkan nilai dalam bentuk ringgit bagi kaunter2 yg loss >5% tu supaya rakan2 traders yang baca post ni akan dapat merasa sama2 kepedihan tu. Remember, all huge losses start small. Tak ada kerugian yg besar yg datang secara tiba2 terus jadi besar.

Alhamdulillah abam tutup Q3 2023 dengan up YTD +31.54%. Boleh la sembang macam power je cakap “I beat the market” sebab FBMKLCI down sekitar -4.50% dari Januari hingga September 2023.

For my previous months performance, boleh check it out here:

Doakan abam dapat teruskan momentum ni sehingga end 2023 dan capai personal target 50%. Abam plan nak gunakan profit 2023 untuk bagi hadiah kat wife buat ID rumah baru. Maybe rumah tu kami plan untuk settle down dah. Moga Allah berkati.

Abam akan kurang sikit menulis di Twitter sebab banyak masa digunakan untuk buat deep dive study, backtest dan forwardtest cari teknik terbaik untuk scalping futures market yg patuh shariah. So far kena dengan jiwa dan hanya guna waktu malam je sebab abam trade US session.

One thought on “Trading Performance – Q3 2023

Leave a comment