Funded Futures Trading Progress

Dalam post bulan Oktober 2023 yg lepas, abam ada tulis berkenaan abam cuba belajar untuk trade satu instrument baru iaitu futures trading menggunakan prop firm Apex. Semua ni bermula daripada satu chat dengan seorang trader yg disegani pada 16 September 2023.

Permulaan penglibatan

Abam nak semadikan di blog ni perjalanan cabang pelaburan baru ni sebab abam nak tengok ke mana journey ni boleh bawak abam. Kat bawah ni screenshot approved withdrawal bagi tahun 2023.

Tahun 2023 dapat withdraw $3500. Conversion semasa terima di Wise around RM4.65-4.70

Abam harap tahun 2024 dapat rezeki gandakan lagi jumlah withdrawal ni.. Dalam kehidupan kita mesti letak target supaya kita berusaha untuk mencapai. Jadi tahun 2024 abam nak cuba untuk withdraw $10000 daripada prop firms ni. Target ni lebih kurang 3 kali ganda dari apa yg abam dapat tahun 2023. Rasanya tak terlalu rendah dan tak terlalu tinggi. Sebenarnya sekarang dah kira zero risk to my capital bila trade futures ni sebab abam dah tarik balik semua modal lepas withdrawal bulan November tu. Modal abam bayar accounts masa dapat first withdrawal tu lebih kurang $600. Sekarang 100% bayar evaluation and PA accounts using Apex’s money.

One thought on “Funded Futures Trading Progress

Leave a comment