Syarat Wajib Exit IPO

Dalam swing trading, hanya satu syarat wajib yg tak boleh nego untuk exit sesuatu trade. Iaitu cut loss as per original trading plan. Kalau mental tak kuat untuk cut loss, pastikan pasang hard stops. Abam screenshot seluruh porftolio pada setiap minggu dan upload dalam blog ni. Boleh tengok semua screenshot tu abam agak pasti sangat susah untuk nampak abam hold loss lebih -6%. Sangat2 jarang dan kebiasaanya kalau ada pun mesti abam dah exit half size pada -4% untuk bagi last chance for whatever reasons. Kalau guna teknik harapan mcm tu, kebiasaannya tak akan berakhir dengan baik contohnya recent post ni yg rugi RM8k. Jadi abam pastikan post loss tu di Twitter supaya sentiasa di ingatan dan abam accountable for that my stupid decision to negotiate the Stop Loss level.

Ok sekarang nak cerita sikit tentang satu rule yang wajib diikut apabila berjaya dapat ballot IPO. Abam tekankan rule ‘Protect the Line’ kepada Komuniti EMAS. Senang je, lukis satu line pada harga tawaran IPO tu pada saham IPO yg baru masuk listing. Kalau harga menembusi ke bawah Line harga tawaran IPO semasa first trading hour on the listing day, wajib exit tanpa banyak fikir. Data menunjukkan kalau break that line, agak susah nak naik balik dalam masa terdekat. Modal akan stuck untuk sesuatu tempoh dan kita akan terlepas peluang2 pelaburan lain. Bukan sekejap2 untuk harga saham tembus balik ke atas Line tadi. Kebanyakannya amik masa berbulan2 sebab secara psikologinya ialah apabila harga naik sikit je orang2 yg dah hold lama ni akan exit untuk kurangkan kerugian.

Bagi tahun 2023, perkara sama masih valid walaupun ada IPO yg berjaya naik balik. Dalam trading ni, kita seboleh-bolehnya cuba untuk buat untung berdasarkan sistem dan rules supaya kita boleh replicate dalam kaunter2 lain.. Kalau untung sebab nasib baik je, suatu hari nanti kita akan rugi besar apabila kita sudah tak bernasib baik. Nasib adalah sesuatu yg kita tak boleh kawal untuk replicate.

Kat bawah ni saham2 IPO yg tak perform pada tahun 2023 ni dan perhatikan apa yg abam cakap ni. Kalau nak build conviction sendiri, cuba go through semua IPO tahun2 lepas. Betul kah Protect the Line ni adalah rules yg boleh digunapakai?

I’ve done that and i’m confident to cut loss once it goes below IPO price. Protect the Line!

Radium belum recover selepas 3 bulan. Skrg down 28%. Ramai pelabur bumiputera stuck sebab amik private placement
Skyworld belum recover selepas sebulan. Skrg down 14%. Satu-satunya IPO dalam list post ni yg abam apply.
FA padu ni & i’ll revisit bila property sector buat moves.
Synergy berjaya recover selepas sebulan tapi hanya untuk beberapa hari.
DXN berjaya recover selepas sebulan dan satu2nya berjaya maintain above IPO price. Harga 0.700 ni akan jadi strong support untuk kita amik pullback setup
Hampir sebulan MST Golf bagi harapan kepada pelabur2 yg hold. Ingatkan break atas, sekali terjun bawah dengan high volume. Abam rasa bukan retailers kecik2 anak yg exit tu. Skrg down -27%. Kalau follow rules tadi, tak akan rugi masa dan duit sebanyak ni

Ok guys, remember to Protect the Line! We are in a survival business. Protect your capital so that you can trade another day!

Leave a comment