Progress Q1 2024 dalam Funded Futures

Abam nak update progress tentang my new trading journey abam dalam futures market. Sehari sebelum masuk tahun baru 2024, abam ada tulis target abam nak capai pada tahun 2024 iaitu berusaha bagi dapat $10000 payout. Boleh baca sini.

Hari ni 21 Mac 2024, abam dah berjaya request payout $7500 seperti dalam gambar kat bawah. Kalau dalam dunia saham, boleh lagi orang pilih2 screenshot kaunter untung je dan sorok portfolio rugi. Tapi, di funded trading ni takde orang boleh claim dia pernah dapat payout tanpa bukti PA Payments macam kat bawah ni. So, benda ni lebih transparent untuk elak jadi mangsa scam kelas2 berbayar.

By the way, abam advocates transparency dalam dunia saham since beginning. Tahun lepas sepanjang setahun 2023 abam printscreen my whole portfolio pada hari Sabtu/Ahad setiap minggu tanpa miss sehingga bulan September. Lepas September, abam mula kenal dunia funded futures yg menyebabkan abam slow down di swing trading sebab betul2 nak fokus. September tu abam dah capai around 30% profit di Bursa, so abam tak ralat sangat miss out potential profit pada Year End Rally. Boleh tengok journal abam kat link sini: Performance tahun 2023.

Berbalik kepada funded trading, abam nak simpan sini rekod payment approved untuk akaun2 abam.

Hasil 6 bulan berkecimpung dalam dunia funded trading ni. Dah tarik semua modal sendiri, sekarang rolling duit profit je.

Trade futures ni sangat susah kalau dibandingkan swing trading saham. Kena respect market, put some serious work. Just sharing sepanjang 6 bulan ni, tak pernah satu hari abam kurang 1 jam study/backtest chart CL1! atau tengok video2 kat youtube. The first 1-2 month tu sangat susah sebab rutin tidur waktu malam jadi haywire. Tapi itulah sacrifice kena buat untuk belajar benda baru. Abam pernah lalui situasi yg sama dalam dunia saham. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Doa banyak2.

Doakan abam konsisten. Sekarang abam ada set bigger targets dalam prop firms ni. Cuma perlu prove kat diri sendiri dapat konsisten beberapa bulan dapat withdraw dulu, pastu abam nak mula guna trade copier 20 akaun one day.. Baru2 ni abam berjaya funded dengan Topstep jugak untuk 2 akaun XFA. Funded cara azali, bukan YOLO. Step ni penting untuk bagi confidence kat abam. 2 XFA ni abam tak trade tiap2 hari sebab bayar untuk lifetime, so no rush. Betul2 nak buat slow2 dengan low risk. Amik setup A++ je. Treat akaun ni macam manage duit sendiri.

Tak perlu rushing cuba banyak prop firm. Bila dah dapat payout dengan Apex, baru explore others. Risikokan duit Apex

Ok, adieu! Next update ialah bila abam capai target $10000. Harap2 abam tak amik masa yg lama sangat nak dapat payout $2500 tu. Untuk Bursa, abam slow sikit swing trading tahun ni. Baru sekitar 7-8% realised profits. Tahniah kepada rakan2 Komuniti EMAS yg ada dah capai >15% year-to-date.

Leave a comment