About Abam Saham

Assalamualaikum wbt.

Abam buat blog ni penghujung tahun 2020. Sekadar coretan tentang perancangan kewangan seorang bumiputera dan nak track pelaburan saham abam. Paling kurang untuk rujukan adik2 dan anak2 nanti. Sekiranya ada orang lain turut mendapat manfaat, Alhamdulillah. Abam sedekahkan semua pahala tersebut kepada kedua ibu bapa abam.

Semasa post ni ditulis, abam berumur 30an. Tinggal di Lembah Klang bersama isteri dan anak2. Abam tiada sebarang formal financial education. Belajar dan bekerja dalam bidang Sains selepas JPA hantar belajar di luar negara. Pernah berkhidmat sebagai pegawai jabatan kerajaan selama hampir 10 tahun. Kemudian abam resigned selepas mendapat tawaran utk bekerja dengan salah sebuah GLC sehingga kini.

Abam bercadang untuk maintain menggunakan nama pseudonym Abam Saham dan kekal underground. Ibu bapa abam ajar dalam kehidupan dunia sementara ini, kita nak jadi ‘rich and anonymous’. ‘Rich’ adalah kecukupan yg subjektif dan berbeza melalui sudut pandang masing2. Pesanan ini sangat mendalam dan tersemat dalam jiwa abam.

Abam aktif di social media dan blog ni:

Kalau ada sebarang soalan personal, please feel free to email to: abamsaham@gmail.com

Sekiranya berminat untuk sama2 belajar swing trading secara bermodul dan join Komuniti EMAS, boleh baca sini: Module EMAS