Trading Performance – April 2023

Selamat hari raya geng! Abam harap semua pembaca blog ni dapat enjoy precious time with your extended family. Pendapat abam ialah kalau tak amik peluang jalan2 rumah sedara mara time raya ni, time lain akan sentiasa busy dan agak kekok untuk tiba2 terjah melawat rumah extended family.. Jadi, kami sekeluarga memang gunakan sebulan Syawal ni untuk rapatkan silaturrahim.

Ok, hari ni dah 1 Mei 2023. So abam akan update performance bulan lepas April 2023 berserta my current equity curve dan weekly printscreen whole portfolio.

Sedikit commentary sebagai nota abam untuk bulan April 2023:

  • Bulan Februari 2023 hari tu market breadth 15 hari negatif dan 3 positif. April ni environment lebih kurang sama iaitu 14 negatif, 5 positif.
  • Sekarang ni ialah period paling excessive weakness. Dah 11 hari berturut2 market breadth negatif.
  • Abam expect akan ada technical bounce soon. Hopefully early May.
  • FBMKLCI, FBMSCAP, FBM70 semua sedang buat higher low.
  • Awal April hari tu abam actually doing well. So dah increase size as per progressive exposure rules. Tapi bila masuk big size, berturut2 stocks retrace and hit stop loss.
  • Notable miss ialah kaunter Menang. Ada tulis di twitter: Right Stock, Wrong Timing

Data Monitor untuk Bursa Malaysia. Secondary breadth ada bibit2 improving.
Equity Curve Year-to-Date

Nampak down trending ni equity curve abam. Tapi sebenarnya nothing to be panic. Inilah reality trading. Ada bulan2 yg akan jadi macam ni. Kalau market teruk dan portfolio kita macam ni, so it is normal. Jangan bila market buat rally, portfolio kita tetap macam ni. Itu baru perlu review balik trading approach.

Tujuan abam buat monthly performance macam ni tahun 2023 ialah sebab abam rasa market akan bearish/choppy tahun ni untuk digest crazy performance V-shape recovery after Covid. Abam nak buktikan even market bearish pun, swing trading cara abam ni masih dapat beat the market walaupun hanya trade part time. Trade tenang2, jaga downside. The upsize will take care of itself. Kena henyak bila market rally.

Down 2.00% in April 2023. Jadi YTD 2023 17.89%. Its okay, I go again next month.

Kat bawah ni screenshots mingguan swing trading whole portfolio abam. Boleh tengok kaunter2 berubah. Abam memang haramkan kaunter loss lebih besar ada dalam portfolio abam sebab bagi abam, huge loss is a matter of choice.

Minggu pertama dan kedua April 2023
Minggu ketiga dan keempat April 2023

I will come back stronger next month guys. Hopefully market akan ada technical bounce next month. For my previous months performance, boleh check it out here:

P/s: Abam nak ambil peluang ni untuk ajak kawan2 sedekahkan bacaan al-ikhlas (3 kali) dan doakan keampunan kepada sorang ahli Komuniti EMAS yg telah meninggal dunia sehari sebelum hari raya. Baca sini: Arwah Iklil Syazwan

3 thoughts on “Trading Performance – April 2023

Leave a comment