Achieved 2024 Target – $10,000 Payouts & New Project launched

As salam geng. Abam baru ada kesempatan untuk update progress abam dalam funded futures trading journey yg dimulakan pada September 2023 lepas. Benda ni susaaahhhhh banyak kali ganda dari swing trading Bursa.. Tapi sangat rewardingg sebab risk reward profile funded trading ni 1:10.. Of course it is no brainer for someone who always being calculative about RRR like me, to be involved in this kind of investment instrument. Kalau kira dari awal keterlibatan abam dalam funded futures ni, net ROI ~200%. Abam percaya akan makin baik lepas ni sebab semakin ada experience dalam market.

Pada 1 May 2024 abam secara rasmi dah capai target yg abam letak secara public di media sosial X dan di blog ni. Boleh baca tulisan abam kat sini: I want to quote this tweet on 01/01/2025 dan target yg diletakkan dalam post 31/12/2023. Abam tak ada nak prove kat sape2 pun sebenarnya.. Trade pun sorang2 je, takde team pun. Bila letak target di public posts, abam rasa lebih accountable untuk trade secara bersistem dan berdisiplin. Itu pun minggu lepas blown jugak dua akaun PA yg dah $1700 dan $1950 yg abam target nak wd 15-20/5/2024. Boleh baca sini: Screenshot blown $1950 PA account.

We are human after all, kadang2 tak berjaya kawal emosi. Allah yg tentukan, dan abam berlapang dada bukan rezeki abam dgn dua akaun tu. Abam cuba lagi Jun ni insyaAllah.

Ok kat bawah ni screenshot payouts yang abam dah terima dalam Wise.

$16,500 Payouts from Apex so far

It took me 5 months to achieve my 2024 target of $10,000 payout. My new project ialah nak tengok berapa lama nak capai second $10,000. Secara teknikal, sebenarnya sekarang dah capai 35% progress untuk project baru ni ($13,515-$10,000 = $3515). Doakan abam.

Abam baru mula trade Topstep masa ada promo $4.50 per account hari tu. Abam max out 5 akaun. Alhamdulillah dah withdraw sekali $515 dengan Topstep ni. InsyaAllah next week akan eligible untuk request payout lagi around $500-$700 sebab Jumaat semalam dah berjaya kutip $210 sehari selama 4 hari. Requirement Topstep ialah kena dapatkan 5 hari baru boleh request withdraw lagi. Abam plan nak trade 3 akaun XFA dan buat withdrawal seminggu sekali macam diajar oleh sahabat abam Prof Ravi. Itu plan lah. Jadi tak jadi, Allah tentukan rezeki kita dan bagi ilham masa trade.

Sebenarnya takde lah smooth sailing sangat Topstep ni. Dari 5 akaun yg promo $4.50 tu, abam dapat convert ke XFA untuk 4 akaun.

  • XFA 1 – dapat wd $515. Masih aktif dan akan request payout kedua next week
  • XFA 2 – burst tanpa sempat wd apa2. (sepatutnya boleh wd minimum $500, tapi gameplan nak simpan buffer, last2 burst macam tu je)
  • XFA 3 – tengah rugi $800, recover slow2 dari down $1600 last week.
  • XFA 4 – fresh XFA. baru activate
  • Final TC $4.50 – profit $1700

Kos semasa untuk Topstep $149 x 4 XFA = $596. Kos Trading Combine lebih kurang $80.

Harap2 berjaya wd $500-$700 next week supaya abam dah boleh trade dengan tenang akaun2 funded tu bila net profitable dengan Topstep ni. Bayar lifetime XFA, nak kejar apa. $210 sehari cukup lah. Darab 3 akaun. Slowly but surely. Teknik sama abam guna untuk Apex iaitu biar payouts yg bayar pembelian akaun2 baru.

Untuk portfolio saham di Bursa Malaysia, abam tak swing trade langsung untuk bulan Mei ni sebab nak settle down di tempat kerja baru dulu. Nak avoid berada dalam situasi dapat alerts tapi tak boleh masuk positions sebab tengah busy. Pastu kaunter tu meroket tanpa abam. Missing trades ni akan ganggu psikologi utk fomo next trades. So abam buat decision tak buat pun weekend screening. No screening, no alerts, no trade. Walaupun begitu Allah Maha Kaya. Alhamdulillah sekarang sedang up +23.80% sehingga Mei 2024 ni. Banyak dibantu oleh kaunter2 IPO sebab ada IPO yg abam all in masa application. Dapat detect undervalued counters yg abam proceed dgn cara split dua akaun dengan wife untuk tambahkan probability of winning the ballots. So far so good dan ada 2 lagi IPO yg abam rasa berpotensi tinggi utk tak rugi.

Ok dah panjang ni. Abam akan update blog ni bila capai $10,000 payouts kedua dari funded futures trading. InsyaAllah soooonn.. Adieu!

Leave a comment