Tiga cabang pelaburan untuk golongan pekerja

Kadang2 kita jadi overwhelmed dengan terlampau banyak information tentang dunia pelaburan. Dalam lebih sedekad melibatkan diri dalam pelaburan, abam sentiasa bercerita tentang 3 jenis pelaburan je yg abam rasa sesuai untuk golongan pemula. Ini yg abam betul2 buat dan nampak ada hasilnya. Slowly but surely. Ia sesuai untuk orang kebanyakan yg mempunyai kerja hakiki setiap hari. Harapan abam ialah dapat bantu tunjukkan jalan kepada orang yg baru mulakan kerjaya. Kalau permulaan salah langkah, kita akan rugi masa untuk rectify kesalahan2 tu dulu baru boleh optimise pelaburan.

Pertama, ASBF untuk very long term. Instrumen ni sesuai untuk kebanyakan bumiputera yg bekerja dan menepati ciri2 almost zero risk, ‘capital guaranteed’, ada power of compounding dan yg paling best boleh leverage duit bank. Baca sini abam tulis cara hampir pasti capai RM1 juta semasa umur 60 tahun. Teknik ASBF ni kalau pembaca tak tahu sangat cara nak mula, DM je abam kat Twitter Abam Saham. Abam boleh tolong review letter offer ASBF korang supaya tak salah cara buat nanti rugi. Abam terkejut viral baru2 ni ada orang buat ASBF dah 5 tahun tapi tak menguntungkan pastu salahkan ASBF.

Kedua, swing trading. Ini lifelong skills yg mana bila capai tahap mastery dan ada enough capital, kita basically boleh cipta satu mesin ATM di rumah. Abam bayangkan situasi contohnya next month nak pergi melancong, adalah sangat best kalau kita boleh finance that travel costs guna swing trading. Sama juga katakan bila masjid/komuniti kejiranan kita nak gunakan duit untuk apa2 aktiviti. Kita boleh jadi silent donor dgn cari profit dari swing trading. Sebabnya ialah apabila ada skills, tak susah pun untuk dapat 5-25% moves dalam swing trading dalam masa 1-2 minggu. Sebab tu abam selalu tekankan untuk kita tahu apa objektif kita dalam trading ni dan apa time frame yg kita nak develop mastery. Cuma kena mula awal semasa modal kecik ni, jangan dive with all capitals. Slowly but surely. Skills ni scaleable kalau setakat nak trade 6-7 figures account.. Idea ni sebenarnya sama je macam build mastery dalam volatile instrument seperti future markets, day trading, forex etc. Tapi yg volatile instrument ni high risk high reward dan perlukan much more screen time semasa bekerja, otherwise akan miss the best setups. Abam ada kekangan untuk tengok laptop utk develop skills tersebut semasa waktu kerja. Jadi, abam tak boleh put my 100% effort utk build expertise dalam tu. Rutin kerja dan personaliti abam lebih sesuai untuk put my effort 30 minutes night time weekdays and 1-2 hours over the weekend. Ini sangat sesuai untuk Swing Trading iaitu hanya perlu buat weekend screening dan update watchlist serta manage portfolio tiap2 malam sebelum tidur. Satu lagi, abam tak prefer build my skills around volatile market untuk jaga my sanity sebab bila dah tua abam nak rileks2 trade tanpa too much pressure to make money instantly.

Ketiga pula ialah IPO trading. IPO ni hanya perlukan masa 10-20 minutes untuk kita baca prospektus dan decide nak apply ke tak. Potential upside tinggi. 100-300% ni setiap tahun ada peluang tu. Normal IPO boleh bagi around 10-30% pada hari pertama listing di Bursa. Profit macam ni sangat membantu dalam Swing Trading. Ia sesuai dengan cara abam trade iaitu cari profit buffer first, baru bet big in higher probability trades. Bila rugi, abam tak rugi banyak sbb profit IPO yg finance the risk. Sebab tu abam sangat recommend kawan2 Komuniti EMAS untuk build skills dalam penilaian saham2 IPO based on data driven past IPO performance. Baru2 ni abam ada buat beberapa video cara abam evaluate potential IPO stocks. Risiko paling besar dalam IPO ialah apabila kita apply tetapi fund managers atau jerung2 tak nampak pun potensi syarikat tu. Akan terjadi gap down 10-30% pada hari pertama masuk Bursa. Sekarang ni dah banyak sifu2 buat kelas IPO. Pergilah belajar, tak rugi pun bayar sebab sekali je dapat IPO terus balik modal dan ilmu tu boleh guna sampai bila2 selagi mana orang buat bisnes di Malaysia ni kerana syarikat2 ni akan raise capital apabila disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Untuk golongan bumiputera, kita ada advantage kat IPO ni sebab masih tak banyak kesedaran untuk terlibat dalam pasaran saham ie persaingan tak setinggi bukan bumiputera. Selain tu, ada peruntukan khas bumiputera dalam equity market untuk kita dapat better chances semasa balloting berbanding bukan bumiputera.

Mesti ada yang tertanya2 adakah tak bagus property investment dan flip tanah lot? Sudah tentu ianya bagus kalau tahu selok belok. Trust me on this, it is a different ball game and the time frame required is much longer. Dan kalau tersalah langkah pada permulaan perjalanan investment tu, capital akan stuck dan kita bleeding lama. Ini konklusi yg abam boleh sampaikan sebagai orang yg ada juga terlibat secara langsung dgn dua2 bidang ni.

Akhir kata, sebelum ceburi apa2 pelaburan pun, cuba tulis dengan jelas apa objektif dan time frame untuk capai objektif tersebut. Kemudian tanya soalan apakah worst case scenario dalam sesuatu pelaburan? Kalau boleh hadap, terjun je. You must take risk to earn the reward. Mulakan awal untuk unlock “the power of compounding” sama ada ilmu, network atau ROI. Compounding is indeed the 8th wonder of the world. Adios!

Leave a comment