Cara Hampir Pasti untuk capai RM1 juta

Cara Hampir Pasti untuk capai RM1 juta bersama-sama pasangan kita ialah dengan manipulasi sijil ASB Financing. Dan cara ini abam sendiri praktikkan untuk keluarga abam buat masa ini. Ini cara slowly but surely (Allahumma Amin).

Sekiranya suami dan isteri mempunyai sijil ASBF 200k setiap seorang pada umur 30 tahun dan tidak ambil sebarang dividen ie biarkan ia compounding sehingga berumur 60 tahun, maka berikut ialah ganjaran y WAJIB mereka terima semasa pencen:

  1. Sekiranya dividen ASB konsisten 3.5% setiap tahun = maka semasa umur 60 tahun, suami dan isteri tadi mempunyai ganjaran pencen sebanyak RM1.1 juta. Rujuk kalkulator di bawah.
  2. Dividen ASB 4.0% = ganjaran pencen sebanyak RM1.3 juta
  3. Dividen ASB 4.5% = ganjaran pencen sebanyak RM1.5 juta
  4. Dividen ASB 5.0% = ganjaran pencen sebanyak RM1.75 juta

Dividen ASB hanya 3.5%, compounding selama 30 tahun. Hasil 560k. Suami isteri confirm RM1 juta.

Semasa abam tulis ni, loan bank untuk 200k ASBF ialah kurang dari RM1000 bagi orang yang berumur 33 tahun manakala dividen ASB paling rendah ialah 5% (tahun 2019) dalam sejarah penubuhan ASB sejak tahun 1990. Rujuk gambar di bawah atau kalau gambar dah hilang, google je ‘Sejarah Dividen ASB’.

Peringatan penting: Sekiranya dividen ASB konsisten di bawah 5% selama 30 tahun, adalah lebih baik simpan sendiri RM1000 sebulan terus ke dalam ASB berbanding guna ASBF. Namun, sekiranya anda jenis yang tak berdisiplin apabila melihat simpanan yang semakin banyak, memang force saving ke dalam ASBF adalah lagi baik. Abam suggest kalau nak kurangkan risiko, split dengan isteri. Maksudnya suami buat ASBF, manakala isteri buat tabungan terus ke ASB. Kedua-duanya peruntukkan RM1000 sebulan untuk tujuan tersebut.

Sejarah Dividen ASB dari 1990-2019

Nota penting. Teknik Compounding ASBF ini akan gagal sekiranya:

  1. Kadar dividen tahunan ASB konsisten lebih rendah daripada interest rate bank yang memberi financing ASB kepada kita.
  2. Kita keluarkan dividen tadi for whatever reasons.

Dari 2 faktor kegagalan di atas, faktor no. 2 sememangnya berada dibawah kawalan kita. 100%. Manakala faktor no.1 adalah di luar kawalan kita dan bergantung kepada ekonomi negara. Yang bestnya ASBF ini ialah kita sudah tahu exit plan kita sekiranya perkara no 1 berlaku. Hanya walk in ke bank yang kita buat ASBF tadi dan surrender sijil ASB tersebut. Dalam masa maksimum 2 bulan, kita akan dapat balik surrender value dan compounding dividen yang sudah ada dalam ASB.

Mulakan dari awal kawan2. Tak boleh buat ASBF 200k terus, mulakan dgn 50k dulu. Atau 10k je dulu. Bila gaji dah meningkat, tambahlah. Banyak teknik manipulasi y ada di internet. Search nama “Ikeda” dalam Forum Carigold.

4 thoughts on “Cara Hampir Pasti untuk capai RM1 juta

Leave a comment