High Dividend Stocks Malaysia

Sumber Bloomberg

Trading bukan untuk semua orang. Ada disiplin2 tertentu perlu dipatuhi. Satu cabang lain dalam saham ialah dividend investing. Boleh DIY atau guna fund managers. Personally tak ada kaunter yg abam hold for long term sebab abam dah decide guna ASB Financing sebagai my growth compounding vehicle.

Kawan2 abam berbangsa Tionghua ramai yg beli Maybank je. Katanya kalau Maybank lingkup, bank lain lagi awal lingkup dulu.. Jadi dorang Dollar Cost Averaging (DCA) all the way setiap bulan. Fokus untuk banyakkan bilangan unit sebab dividen dibayar berdasarkan bilangan unit saham. Harga saham dorang tak kisah sangat sebab long term investing. Bila dapat dividen, dorang beli units Maybank lagi. Ulang2 sampai lah pencen. Tak perlu nak bayar unit trusts management fees.

ASB pun generate income dari dividend Maybank jugak. Allocation terbesar fund ASB ialah di kaunter Maybank iaitu sekitar ~22%. Tahun lepas Maybank bagi kat ASB total dividen lebih kurang 6.8% berdasarkan sumber Bloomberg ni. Pastu ASB bagi dividen kat ASB holder sebanyak 4.6%.

Selain Maybank, Top 10 fund allocation ASB adalah kepada kaunter2 berikut:

1Malayan Banking Berhad22.22 %
2Sime Darby Plantation Berhad10.55 %
3Sime Darby Berhad4.39 %
4Tenaga Nasional Berhad3.83 %
5Axiata Group Berhad2.70 %
6Petronas Chemicals Group Berhad2.36 %
7Maxis Berhad2.10 %
8Digi.Com Berhad1.64 %
9Telekom Malaysia Berhad1.56 %
10CIMB Group Holdings Berhad1.37 %

Selagi kaunter2 ni boleh bagi dividend >5%, pendapat abam ASBF tu akan self-sustainable..

Leave a comment