Pain Point in Trading

Setiap orang ada ‘Pain Point’ apabila holding to a loss. Meh abam cerita psikologi kita bila hold pada loss ni sebab abam sangat arif dalam arena tak cut loss suatu ketika dulu.

Ni fasa2 holding to a loss:

  1. Harga semasa dah capai original stop loss as per trading plan. Trader cakap ni mungkin shakeout kejap je. Jap lagi reverse. Selalunya akan check apa2 news ataupun tanya pandangan orang untuk justify maintain position and hold to that loss.
  2. Harga makin turun dan maintain bawah original stop loss area. Trader akan guna technical analysis cari support lagi bawah seperti trendline, Moving average ataupun horizontal price level.
  3. Harga turun lagi! Trader sedar bahawa trading plan dia dah kelaut dalam dan sedar analisis dia salah. Nak cut loss tetapi nak tunggu price reverse sikit supaya tak rugi ‘banyak’.
  4. Harga turun lagi! Trader ni akan masukkan sell order pada harga lagi tinggi daripada harga best buy semasa. Teknik harapan teragung.
  5. Harga makin turun! Kini sell order trader makin lama makin jauh dari harga semasa. Loss makin besar. So, trader ni akan revise sell order berdekatan dgn harga best buy semasa. Tapi masih tinggi sikit. Mengharap lagi.
  6. Harga makin turun. Loss makin besar. Trader dah rasa down. Hati cakap nyesalnya tak ikut trading plan. Belum mahu jual harga semasa. Loss dah besar sangat. Pedih nak jual harga tu. Nak tunggu harga reverse sikit je. Masa ni doa dan ikrar sekali ni je jadi macam ni.. Nyesal sungguh!
  7. Bam! Turun lagi banyak! Kali ni dah depressed, geram, sakit hati dan dah tak tahan tgk loss makin besar dan dah lebih 5x lebih besar dari loss asal kalau ikut trading plan. Ini lah yg dinamakan Pain Point. Trader nekad jual harga semasa ketika loss dah terlampau besar.
  8. Market reverse! Double blow to the trader. Lepas jual, harga terus reverse! Ni sebenarnya kebetulan je. Technical rebounce at oversold area. Tetapi trader rasa market scam and manipulative. Ada yg amik masa untuk kembali. Ada yg give up terus. Ada yg cari teknik lain, lompat2 mencari sifu. Sebenarnya takde org boleh bantu kita sendiri selagi tak respect trading plan.

Kawan2, hanya ada satu je masa di mana kita berfikir secara rasional. Masa tersebut ialah semasa kita sedang buat chart analysis dan sebelum masuk trade. Selepas dah key in order dan berada dalam trading position, of course kita merasakan stock yg kita pilih tu terbaik dan akan bagi kita profit. Kalau kita tak rasa macam tu, takkan lah kita masuk position tu kan?

Hakikatnya ialah kita tak boleh kawal pun apa yg akan berlaku selepas kita masuk position. Market will humble us. So, kita perlu respect stop loss. Kalau tak nak fikir banyak, lepas berada dalam position, key in je siap2 sell stop limit order. Bila harga cecah harga tu, market jual siap2 tanpa bincang dengan kita. Kalau bincang, confirm kita justify.

Abam ni penakut, bukan pemberani trade tanpa stop loss. So abam amalkan key in siap2 hard stops terus. Biar market buat kerja dia. Kebanyakannya letak 50% size dulu sebab abam trade tight stop loss. At 4.30 pm kalau close below juga, abam exit all tanpa perasaan 100% size. Personaliti abam ok untuk re-entry at higher price. Keep monitor that stock. Bagi abam, kalau abam berjaya exit pastu tengok harga makin turun way below my stop loss area, itu adalah satu kemenangan. Cewahh. Haha

Abam EP 0.825, Stop loss hit 0.800. Kalau tak guna SL, akan loss 10% instead of 3%.
Abam dah brainwash ada satu rule tak boleh ingkar kalau nak ada chance dalam dunia trading ni. Respect Stop Loss
Kalau SOP sama, post analysis boleh sama2 belajar dari kes Samaiden ni.

Leave a comment